Tuesday, November 13

Note II...wait for me ya!!

at 1:15 AM 0 comments

Kitew nak ni satu boleyh?? Ade sesape yg baik hati x nak hadiahkan kt kitew??
Ye r, sempena beday kitew yg bakal menjelang nanti..maklumlah yg ke 22 kene special sikit.
Kitew x mintak banyak..ni SATU je cukup la. heee....:D

Kitew nak tidow la..pastu kitew nak mimpi ade org hadiahkan kt kitew. Hahaha..gudnyte semua. :)

*segala kegedikan adalah lakonan semata mata....tiada kaitan dengan identity tuan punya blog sama ade secara langsung ataupun tidak langsung*

Saturday, July 14

Dilema~~

at 1:09 AM 0 comments
Assalamualaikum..

13 July 2012...tarikh keramat. Keputusan UPU keluar harini. Maka dengan rasa keterujaannya saya pun 'check it out' la. Dan dengan jangkaan yang tepat, saya dimumkan tidak berjaya. :')

Walaupun saya tidak berjaya kali ni, saya takkan berputus asa. Saya akan buat rayuan. Demi minat saya, demi masa depan saya. Tapi....ada satu peristiwa malam tadi yang membuatkan saya rasa sebak..saya rasa DOWN sikit..

Dipendekkan cerita,,saya tengah makan malam ditemani MAK yang tengah buat karipap untuk esok. Saya pun dengan rasa nebesnye bagitau la MAK yang saya tak dapat sambung belajar. MAK pun cakap 'hurmm,,cane leyh tak dapat?? keputusan ko teruk ke?" Saya pun jawab la dah takde rezeki..nak wat cane. Pastu saya cerita la yang ANI dapat UKM..MAK seronok dengar ANI dpt UKM.. UKM satu nama besar. Kemudian dengan nasi penuh dalam mulut, saya cakap dekat MAK, "wanie ingat nak buat rayuan,, mungkin boleh dapat n mgkin masuk taon depan...sementara tu ingat nak keje". MAK cakap "lame tu..ko nak keje ape?..hurm....tak payah la sambung belajar, keje je la.". Saya terdiam..nasi dalam mulut rasa berat nak kunyah. Mungkin mak ada maksud disebalik kata-katanya tu. 

Saya pun dah habis makan, masuk bilik saya fikir balik apa maksud mak. Mungkin mak tak nak saya pergi jauh, atau mungkin mak nak saya tolong dia dulu? Saya tau, keadaan kami sekarang tak berapa baik. Abah pun dah makin berumur, kurang buat kerja luar. Mak pulak penat mejaga dua buah rumah sehari. Anak mana yang sanggup tengok mak die keje guna tulang empat kerat, manakala anaknya duduk rumah saja2.. Jujur saya cakap, setiap malam saya berdoa. Tapi doa tanpa usaha takde gunanya jugak. Bukan saya tak berusaha, cuma saya kurang  bernasib baik tak seperti teman-teman yang lain. Bila difikirkan kakak-kakak ku sudah berkahwin, banyak tanggungjawab mereka. Abang-abang pulak banyak komitmen mereka. Sedangkan saya yang bujang, tiada tanggungan hanya duduk mendiamkan diri. Saya sedar apa salah saya..cuma tak mampu nak luahkan dengan kata-kata. 

Masalah utama sekarang saya masih dalam dilema mahu memilih. Sejak dari dulu lagi sebenarnya soalan ini sering timbul dalam kepala ni. Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk mendapatkan jawapannya. Nantikan la jawapan dari saya...mungkin dengan izin Allah saya dapat membuat keputusan yang betul. Amin~~ T__T

Friday, July 13

Favourite song..

at 3:28 AM 0 comments
Assalamualaikum..

I just love this song recently...i love the melody, the lyrics and the voices as well..maybe its suited me well right now. :')


Tittled         : Because its you (Eng)
                     : Geudaenikkayo (Romanized)
Language    : Korean (Hangul)
Singer          : Tiffany (Girls Generation)
Heard from : "LOVE RAIN" OST (Korean Drama)


Because its you - English Translation


Don’t say that you’re sorry
Love isn’t over for me yet
If we break up like this
What do I do, what do I do?

I just have love alone but I can’t even love
I can’t even say the words that I really want to say
The love that is getting farther away
The words that I can’t keep – they are making me cry

Don’t say thank you
I want to give you all my love but
If we were to truly be strangers like this
What do I do, what do I do?

I just have love alone but I can’t even love
I can’t even say the words that I really want to say
The love that is getting farther away
The words that I can’t keep – they are making me cry

I love you – what do I do because I love you?

It’s okay even if it’s a painful love
Even if I erase the last love in my life
You are someone that cannot be erased
Even if it’s a sad destiny, I can’t let you go
I love you because it’s you

Because to me, it’s you


Geudaenikkayo - Hangul

Mianhadan mal haji marayo..
Nae-ge sarangeun kkeuchi aninde..
Ireohke uri heyeojindamyeon..
Eotteo-khaeyo.. Eotteo-khaeyo..


Sarang hana ppuninde sarang-hal su eopt-ko..
Cheongmal ha-goshipeun mal hal sudo eom-neunde..
Cheomcheom meo-reojyeo-ganeun
Sarangi jigiji mothal
Maldeu-ri nal ul-ke haneyo.


Komapdaneun mal haji marayo..
Nae modeun sarang ju-go shipeunde..
Ireohke uri nami dwehn-damyeon..
Eotteo-khaeyo.. Eotteo-khaeyo..


Sarang hana ppuninde sarang-hal su eopt-ko..
Cheongmal ha-goshipeun mal hal sudo eom-neunde..
Cheomcheom meo-reojyeo-ganeun
Sarangi jigiji mothal
Maldeu-ri nal ul-ke haneyo.


Sarang-haeyo..
Sarang-haeseo.. Eotteo-khaeyo


Apeun sarangirado kwaehn-chanha~
Nae saengae majimag sarang jiwodo
Ji-ul-su eom-neun geudaenikka~
Seulpeun un-myeon-girado
Keudaereul bonael-su eop-seo
Sarang-haeyo..Keudaenikkayo..


Nae-gen geudaenikkayo





* No offense..i just love Korean for now..err..kinda big fan actually*




Thursday, July 12

Kimbap!!

at 12:13 AM 0 comments


Assalamualaikum.

Disebabkan saya mengidam nak makan sushi dan tak dapat...harini saya nak cerita pasal salah satu jenis makan Korea yang lebih kurang ala2 sushi. Seperti yang kita tau, Sushi berasal dari Jepun. Jadi ini pula sejenis makanan yang datangnya dari Korea.

Korang taw tak kimbap tu ape? 
Gimbap ataupun lebih dikenali sebagai kimbap selalunya dimakan ketika waktu berkelah. Senang cerita kimbap ni makanan ringan la. 

Cara-cara nak membuat kimbap...senang je..

Yang pertama kita kena tahu apa bahan-bahan utama dalam membuat kimbap.

1. Beras (lebih baik guna beras jepun)
2. Daging ataupun bahan protein yg lain eg: isi ketam,ikan
3. Sayuran spt mentimun dan karot.
4. Rumpai laut kering (Roasted Seaweed)
5. Telur
6. Garam
7. Gula
8. Minyak bijan


Langkah 1 membuat kimbap :

Masak nasi tadi macam biasa korang masak nasi tu. Bila nasi dah masak, campurkan campuran air garam dan juga gula ke dalam nasi tadi dan gaul sehingga rata. Kuantitinya korang decide la sendiri, ikut selera 
masing2..

Langkah 2:

Sementara nasi korang nak masak tadi, korang boleh goreng telur dalam 3-5 biji kot menjadi telur dadar. Telur tak perlu banyak sangat takut tebal (sbb telur ni jadi isi kimbap nnti). Telur ni korang potong panjang-panjang.

Lepas tu korang boleh lah potong bahan-bahan sayuran tadi untuk dijadikan isinya juga. Macam mentimun dengan karot, korang boleh potong macam telur td. Isi ketam ataupun daging pun korang boleh potong panjang-panjang jugak.

Langkah 3: 

Letakkan rumpai laut atas penggulung sushi  (DAISO ade jual). Letak atas board die. 
Kemudian korang letak nasi yang dah siap diperasakan atas rumpai laut tadi..Nak sedap korang letak minyak bijan atas nasi tu. Pastikan korang mampatkan nasi tadi lepas tu baru lah letak bahan-bahan kering diatasnya. Letak la karot, timun, telur dan juga isi ketam yang korang dah potong panjang-panjang tadi. Letak kat betul-betul hujung rumpai laut tu ye. (sbb nanti korang kene gulung)

Langkah 4:

Langkah yang terakhir dan paling mudah. Korang gulung la kimbap tu dengan menggunakan penggulung sushi. Memang senang kalau ade penggulung sushi ni..sambil korang gulung, korang mampatkan isi-isi dan juga nasi kat dalamnya. Siap gulung, korang potong lah bulat-bulat, macam biasa. Akhir sekalii, jadilah kimbap korang!!! 

*Credit Img : Mr.Google*
                                           
Selamat mencuba!!! 

Tuesday, July 10

Bahasa Melayu - Bahasa Rojak Sedunia (Fakta)

at 1:23 PM 0 comments
Assalamualaikum.. ;)

Terdetik hati saya ingin menulis tentang salah sebuah buku yang telah saya baca semalam. Bukunya bertajuk "A New Malaysian Essay 1" diterbitkan oleh Terbitan 'MATA HARI'. Di dalamnya terdapat pelbagai cerita tentang Malaysia ataupun dahulu dikenali Malaya. Tertarik dengan salah satu daripadanya ialah "TERORIS BAHASA"oleh Saharil Hasrin Sanin. Beliau lebih menekankan kisah bagaimana masyarakat Melayu itu sendiri menggunakan Bahasa Ibunda ini.


Ya, tidak dinafikan terdapat sesetengah masyarakat tidak boleh menerima bahasa luar di dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya penggunaan bahasa Global, BAHASA INGGERIS itu sendiri. Saya sendiri pernah bertukar pendapat, bertegang urat dengan salah seorang sahabat saya mengenai perkara ini. Tentang bagaimana kita di zaman Era-Globalisasi ini memerlukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan kita supaya kita lebih memajukan diri dan bersedia demi masa hadapan yang lebih cerah. Tetapi sahabat saya itu amat sayangkan bahasa Ibundanya ini sehinggakan beliau membenci bahasa global ini. Terima kasih kepada sahabat tersebut, saya lebih bersungguh-sungguh mahu belajar tentang dua bahasa ini.



Beratus tahun dahulu, leluhur kita suka mencedok kosa kata daripada Sanskrit, daripada Jawa, daripada Bahasa Arab. Pada kurun ke-14, bahasa kita semacam span yang menyerap perbendaharaan kata orang lain. Bahasa Melayu adalah bahasa rojak sedunia. Jadi, tidak perlu bertegang urat konon nak menegakkan Bahasa Ibunda walhal kita sendiri masih mencedok, tidak malu menggunakan bahasa rojak. Contohnya ‘kopi’, bukan istilah kita. Kita cedok dari English ke bahasa lain.Lagi, buah pic. Pelik sungguh dari mana ejaan dan sebutan itu datang?

Tetapi memang benar, bahasa kita memang dari asal sudah banyak berubah. Mungkin kerana orang Melayu dulu-dulu lebih terbuka fikirannya, lebih mendepang menerima istilah-istilah luar. Penulis-penulis zaman dahulu pun lebih mudah menerima, fikirannya tidak sempit. Entah mengapa, pada zaman sekarang ini, kosa kata kita jadi semakin sempit pula mahu menerima istilah luar, para pengarang dan orang yang kononnya menjaga perkamusan Melayu takut dan semacam fobia pula merojakkan bahasa. Mungkin kita takut dengan bayang-bayang sendiri.


*Saya sayangkan bahasa saya*

Monday, July 9

Rindu seorang sahabat

at 9:24 PM 0 comments
Assalamualaikum...


Malam tadi merupakan malam yang paling sunyi pernah saya rasa. Tiba-tiba otak saya terbayangkan sahabat lama saya yang agak lama tak berjumpa. Rindu terhadap sahabat tersebut amat dirasai malam tadi. Mujur ada seorang hamba Allah yang sedia membantu saya melalui saat-saat sukar saya. Terima kasih babe. :)


Entah mengapa semalam satu perasaan bercampur baur muncul bila teringatkan sahabat tersebut. Perasaan gelisah, perasaaan rindu, perasaan ingin berjumpa dengan beliau membuak-buak. Mungkin ada sesuatu yang akan terjadi kita sendiri tidak pasti tetapi saya pasti perasaan saya semalam amatlah berlainan. Bila terbayangkan beliau, secara automatiknya saya mula menitiskan air mata. Entah mengapa...saya rasa sangat sunyi semalam. Nasihat yang saya terima adalah supaya mendoakan yang terbaik untuk beliau. Itu sentiasa saya lakukan pada sahabat-sahabat saya. Saya akan doakan  untuk awak agar awak sentiasa sihat, bahagia dan dipanjangkan umur selamanya. Itu janji saya pada sahabat-sahabat saya. Doa yang tak pernah putus untuk mereka yang saya sayang. :D


Rindu seorang sahabat kepada masa-masa yang pernah dilalui bersama suatu ketika dahulu. 


*saya rindukan awak (z)*

Wednesday, June 13

Come back debut

at 3:18 AM 1 comments
Assalamualaikum..

waaaahhhh~~~ hidup lagi rupenye blog saya ni eh.( konon nak guna ayat sopan, SAYA). Lame sangat kot x post entry baru untuk santapan korang kan. Ade jugak yg bertanya bila nak update blog ni..(bajet ramai peminat je...uhuk,uhuk). Betul, ade yg request suruh update blog cepat. Rindu nak dgr saya bebel lah tu. Huahuahua..*gelakbangga~

Okie, dokie.. 
banyak benda jadi semenjak post terakhir saya. Terlalu banyak sampai nak tulis pon dh x menyempat kan.. Ada suka..ada duka. Tapi x de masa nak luahkan kat sini. :) apa yg penting sekarang, saya dah mula ada 'feel' nak menulis balik. Bukan apa, memandangkan sekarang ni pon saya agak banyak masa berbanding masa lepas, baik saya gunakan masa tu dengan seelok2nya. 

Bila saya tengok balik post2 saya yg lepas, setahun lepas, saya rase mcm x percaya je saya yg tulis semua tu. Rase kelakar ade, rase malu ade, rase sedih pon ade.  Kadang2 apa yg saya taip susah nak keluar dari mulut saya ni.  Ye la, saya ni bukan jenis banyak bercakap atau meluahkan perasaan kat org selama ni.Tapi semenjak saya ber'blogging' ni saya lebih yakin untuk bercakap. Disebabkan itu jugak saya rase nak menulis balik. Mungkin saya lebih berkeyakinan bila saya menulis balik. Mudah mudahan..:D

Kepada yg merindui saya, (kalau ade la..) jgn risau, lepas ni saya akan lebih kerap ada disini. Nantikan kemunculan semula (come back debut) dari saya.. *wink*wink. Buat masa ni, sampai sini je. Jumpa lagi nanti ye.. Sebelum tu, ni hadiah dari saya buat yg tersayang.. Thanks abah, thanks mak. Both of u DAEBAKK!! ;)




Saranghae~~ <3

 

AkuDanPapanKekunci Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare