Wednesday, January 18

1st !

at 2:47 AM 0 comments

1st entry of this year.
nothing much to say.
im just getting bored now.
i am missing my friends.
i am missing my girls.
and im sick of love.
im sick to waiting.
waiting 
and keep waiting
with no answers
coz there's no quest at all..hehehe

p/s: wish be a MUCH BETTER person in future.
and wish this year is my LOVELY year. <3

Sunday, November 20

Psycho!!

at 1:26 AM 2 comments
alkisah bermulalah sebuah kisah....


Ada seorang makhluk ciptaan Allah yang bergelar manusia spt ak muncul didalam kamus hidup yg digelar Si B. Sayangnya perangainya tak menggambarkan seperti seorang manusia yang mempunyai akal fikiran logik sepertimana seharusnya ia.


Bermula dari panggilan telefon yang nombornya tidak diSAVEkan dalam CONTACT telefon Si A. Maka Si A pun menjalankan tugasnya sebagai seorang penyiasat menyiasat latar belakang Si B ini. Rupanya Si A kenal amat dgn Si B itu. Dilanjutkan kisah, Si A dan Si B ini mulalah berhubung antara satu sama lain siang pagi petang malam tiap tiap hari.


Pada suatu hari Si B menyatakan hasrat hatinya terhadap Si A. Si A terkejut lalu terharu dgn kenyataan Si B. Dipendekkan cerita, Si A menerimanya dgn hati yg terbuka. Tiba-tiba......satu hari yang indah, Si A sedang seronok meluangkan masanya bersama keluarga, sehingga lupa akan telefonnya yang letak dimana. Makanya, bertimbun timbunlah MISSED CALL dan juga MSG yang diterima oleh Si A esok paginya. Paginya Si A menghubungi Si B semula bagi menjelaskan perkara yg sebenar. Tetapi Si B tak mengangkat panggilan Si A. Malah pesanan ringkasnya juga pun tidak dibalas.


Dipendekkan cerita lagi, mereka bergaduh. Si A menuduh Si B, Si B menuduh Si A.  Si A menuduh Si B ada girl lain.-_________-''. Dan Si B menuduh Si A ada boy lain.-__________-''. Maka makin berpanjangan pergaduhan mereka. Masing masing dengan EGO masing2. Tetapi EGO Si A lebih tinggi lagaknya. Tidak satu pesanan dibalas malah panggilan pun tak diangkat. Bukan kerana Si B sombong, tetapi memberi tunjuk ajar kpd Si A. Si A pula mengugut jika Si B tidak menjawab panggilannya, Si B tidak akan menghubungi Si A lagi. Si B mula mengeluarkan perkataan kesat. Memarahi Si A perempuan @#$%^&*(.SI A mendiamkan diri melayan EGO nya lagi. Si B mula mempersoalkan kenapa menerimanya waktu dulu. Dan jawapan Si A mejawab "sebab awak yang mintak". ..(~.~)''


Natijahnya, Si A dan Si B masih lagi tidak berhubung. Masing2 menunggu siapa yang akan kalah dahulu. Adakah Si A?? ataupun Si B?? kisah ini masih belum tamat. Mungkin ada penyambungnya, dan mungkin juga akan ditmatkan bila-bila masa sahaja.




Semua ini berlaku kerana BARU SEHARI tidak berhubung, bagaikan bertahun-tahun menduakannya. Apakah ini semua persefahaman yang patut diutamakan ataupun ego yang didahulukan??


Renung-renungkanlah dan selamat berfikir.

Tuesday, November 1

kawan tak kenal usia.

at 1:02 AM 0 comments
assalamualaikum..


entry kali ni mengenai MUDA. apa makna disebalik ayat tu?aku bukan nak bercerita tentang takrifan MUDA. malah bukan juga nak bercerita tentang HARIMAU MUDA.-___-''. aku just nak kongsi cerita dgn korang yang aku sebenarnya masih MUDA. walaupun bukanlah dari segi fizikal aku, tapi ada sesuatu dalam diri aku yang buat aku MUDA.hehehee..jgn jeles. dibawah ni mungkin antara faktor-faktor sesorang itu adalah MUDA.


10 faktor menjadi MUDA..(fakta Goody):


1. lahir pada bulan Disember.
2. perwatakan ceria
3. sentiasa senyum. :D
4. tak ada komitmen dengan pasangan. (couple)
5. banyak bace komik.
6. main game diutamakan.
7. berkawan rapat dengan org yg lebih muda(obviously) :P
8. tak mengambil kisah tentang isu politik yang boleh    
   memudaratkan minda.
9. pengaruh media massa dan elektronik
10.menjadi diri sendiri lebih baik dari menjadi hipokrit.




conclusion:
aku ramai kawan. ramai sgt.semua yang aku kenal aku anggap adalah kawan aku. tapi antara ramai2 kawan aku, yang rapat dengan aku hanyalah beberapa kerat sahaja.dan secara jujurnya separuh dari mereka yang rapat dengan aku adalah lebih muda dari aku.


orang kata berkawan dengan 'budak2' ni buatkan diri kita x matang. itu salah. bagi aku, bila aku berkawan dengan org yg lebih muda dari aku membuatkan aku lebih selesa.buatkan diri aku semakin matang.sbbnya,aku kena bimbing,bantu diorang dalam proses menjadi dewasa ni.walaupun aku tak berapa dewasa.aku dah rasa ini tanggungjawab aku untuk bantu 'budak2' ni melalui zaman remaja diorang. 


bila aku cakap lebih selesa, bermakna aku mmg selesa dgn diorang. dari aspek bergembira,bergaduh,bersedih mahupun meluahkan rasa hati.dan ini terbukti kerana one of my bestest friend is younger than me. itu tak menjadi penghalang bagi aku untuk berkawan. yang penting diorang ikhlas berkawan dengan aku.


tak semua org yg lebih muda boleh faham kita. dan tak semua yang sebaya atau lebih tua dari kita tak faham kita.kawan tak mengenal usia.tua, muda , miskin ,kaya semuanya boleh jadi sahabat kita.yang utama ikatan ukhuwah dan silaturrahim sesama insan itu lebih mulia dari segalanya yang kita kejar dalam dunia ni.


renung-renungkanlah..selamat membaca!! :)

Friday, October 21

Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya.

at 11:13 PM 0 comments
 Salam.
Di malam yang sejuk beriringan dengan hujan gerimis yang membasahi bumi ni aku tergerak untuk menulis. Setelah sekian lama nak mencari ilham nak tulis pasal apa. (since smlm dlm ofis). Malam ni merupakan malam yang baik untuk menceritakan apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang beberapa minggu ni. Hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan.


Aku cuba menahan perasaan aku untuk tidak menitiskan air mata kali ni. Aku perlu kuat untuk diri aku utk orang sekeliling aku. Siapa yang baca blog ni, mungkin dah masak dengan perangai aku dan mungkin tidak. Apa yang cuba aku katakan, aku seorang yang tak suka menyusahkan orang lain. Aku tak nak orang lain sedih pasal aku.
Lagi-lagi dengan perkara yang jadi kat aku semenjak dua menjak ni.


Aku redha dengan setiap apa yang berlaku atas diri aku. Aku bukan insan yang sempurna, aku bukannya baik mana, cuma aku rasa apa yang jadi atas diri aku adalah balasan terhadap apa yang aku telah lakukan pada masa yang lepas. Semenjak dua minggu yang lepas, aku mula dengan kerjaya baru aku. Alhamdulillah, rezeki aku dapat kerja tu. Tapi dalam masa yang sama aku dilanda dengan perkara yang aku sendiri tak boleh elakkan. Seperti mana yang korang tau, keadaan kesihatan aku tak begitu baik sejak 1 bln yang lalu. Aku mula kerap bertemu janji dengan doktor. Aku mula ulang-alik ke hospital. Aku hanya berharap tiada apa yang buruk terjadi kat aku. Aku tunggu tarikh keramat, 17/10/11. Pada tarikh tu aku terima berita paling mengejutkan dan juga menyedihkan. Bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut doktor tu, fikiran aku bercampur baur. Terkejut.Panik.Sedih.Kecewa.


Biarlah apa yang berlaku dalam bilik doktor tu hanya aku,doktor dan ..... yang tau. Selepas pemeriksaan, aku disuruh buat pelbagai ujian. Termasuklah ujian darah buat kali yg ke-2. Dan waktu ni aku hanya menunggu tempoh 1 bulan sebelum pemeriksaan seterusnya. Perasaan menunggu keputusan ni sanagat memeritkan. Lebih perit dari menunggu keputusan final poli.huhuhu.. aku resah. aku gelisah. otak mula fikir bukan-bukan. Masa ni lah baru aku mencari Pencipta aku. Masa susah ni lah baru aku sedar betapa hinanya diri aku. Masa ni lah baru aku sedar betapa hebatnya kuasaNya. dan baru aku sedar betapa KERDILnya aku disisiNya.
Setiap malam selepas solat isyak, aku menangis. Setiap kali aku berdoa, aku teringat dosa2 aku yang lepas. Setiap kali aku menyebut kalimahNya, aku menitiskan air mata. Betapa hebatnya kuasaMu Ya Allah...baru aku sedar yang selama ini aku telah banyak lalai terhadap suruhanMu. Terima kasih Ya Allah kerna kau dah membuka pintu hatiku ini. Aku hanya berharap iman ku kuat dan teguh sehingga aku kembali seperti sedia kala ataupun tiada lagi di muka bumi ini. Aku mahu terus dijalanMu ini Ya Allah. Selamanya.


Aku sekarang cuba untuk mengawal pemikiran aku supaya tidak berfikir yang bukan2. Bila otak dah mula bercakap, minda menguasai diri dan badan tak dapat dikawal melakukan perkara yang bukan2. Mujurlah aku masih ada iman. Alhamdulillah. Aku hanya mampu berdoa agar apa yang jadi kat aku tidak menyusahkan org lain. JIKA benar apa yang doktor aku katakan berlaku, aku BERSYUKUR kerana kau telah beri aku peluang untuk hidup selama 21 tahun atas bumiMu ini. JIKA benar ianya berkemungkinan besar terjadi, aku akan berusaha untuk melawan selagi aku mampu. Aku akan lakukannya untuk diri aku dan keluarga aku. dan JIKA ianya tidak terjadi sekalipun, aku TERSANGAT bersyukur kerana Kau telah menunjukkan kekuasaanMu dengan ujian2 yang Kau berikan pada aku. Jika aku susah, ada lagi yang lebih susah dari aku. Jika aku tiada peluang, ada lagi yang tak langsung dapat peluang itu. Jadi aku perlu berfikiran positif. 


Bagi aku...
Aku akan sentiasa senyum walaupun 'didalam' aku  menangis. Aku akan kuat untuk orang sekeliling aku. Aku hanya nak semua orang gembira dan sihat. Dan sekarang aku hanya perlukan sokongan dari semua pihak.Bukan simpati.Terima Kasih.


Salam.





Tuesday, October 4

formspring.me

at 1:06 AM 0 comments
love me for who i am. http://formspring.me/craxiemaniac

i miss you friend..:')

at 12:11 AM 0 comments



this song dedicated to all my friends out there. i miss you guys a lot.hope we can be like before. there's nothing can separate us except dies. but the fact is, friends easily comes and go. only the way we faced it makes a different. every time i heard this song makes me cry. i just miss you..:'(

Friday, September 23

what's wrong with me?!

at 4:09 AM 0 comments
here i am~
living like a miserable person! how pathetic i am..duh~~
what a 'GREAT' life i have been through. but seems there someone out there has more miserable than i am..


huhhhh~
mak kate x elok mengeluh panjang2 mcm tu. mcm berputus asa dan seumpama mengeluh sesuatu ketentuanNya.
itu bukan niat aku. aku hanya menulis mengikut gerak hati aku dan mengikut irama jari jemari aku menekan PAPANKEKUNCI ni. tapi apa yang ditulis dalam blog ni kebanyakannya adalah dari kepala hotak dan jugak hati aku dan dilancarkan dengan pantas dan tangkas oleh jari jemari aku. :) ok, cukup. bukan nk cerita pasal jari. entry kali  ni ak nk cerita pasal AKU a.k.a REZWANIE yg dah mcm diri dia yg dulu. (mungkin la kowt)..


memandangkan dah lame aku x update belog ni, so ak jadik xcited utk menulis entry ni panjang2...bia penat korang nk bace..(itupun kalu bace weyhh...~) pada sesiapa yg bace belog ni dan juga status FB aku,korang mungkin akan lebih faham....cthnya:


If you love something, let it go. If it comes back to you, its yours forever. If it doesnt, then it 
was never meant to be. Whatever happens, there something for you in the future. :')


status FB diatas menunjukkan aku dah redha,aku dah letih,aku dah x nk pk panjang2 lagik...mengapa?? haa..ade la sbbnya.salah satunya aku nk buat keputusan utk mengundurkan diri dari perangkap ni. walaupun hakikatnya aku x berupaya nak tahan.aku sedih,sakit hati, dan mungkin akan melukakan segala rasa yg terpendam. tapi aku buat ni untuk kebaikan aku,dia dan ....
slpas ni takde lagi nama dia dalam belog aku. bukan tacing atau ngengada, tapi ini tekad aku. buat apa aku mengejar yg x pasti, jadi orang bodoh,sewel menunggu buah yg x jatuh2 ke riba? padahal buah tu tengah masak dgn ranumnya dgn biji benih dari orang lain. korang mungkin anggap aku ni dah gila.buat ayat2 cenggini.kesah lak aku~~ 


tapi harini aku buat perkara bangang lagi. aku pegi nengada tgk FB ... yg ada perbualan sidia. dgn perasaan CURIOUS nya, aku bace la ape yg tertulis disana..dan.....tup!!
rase mcm kene cucuk je dada aku neyh. tetibe sesak nafas. mata mula bertakung.dari mana dtg, ntah... berbalik pada komen mereka, aku tersentap bila terbace satu komen dr ... yg mengatakan cinta diorang tak pernah padam. dan aku taw, mungkin korang dah bole agak siapa.aku x kesah la korang nk anggap aku ni stalker ke ape ke. aku mcm x caye dia ckp camtu. aku rase dipermainkan,dibodoh2kan,di.....segalanya lah. 
aku cukup benci bila ada perasaan ni.kenapa air mata aku perlu menitis waktu2 mcm ni. kenapa aku bazirkan air mata aku untuk orang yg x pernah nampak aku. how stupid i am.
aku x kesah pasal percintaan dorang. dan aku pon dah dimaklumkan yg dorang bercinta sejal dr zaman sekolah,dan dorang mcm ON OFF je. padahal aku pon dah taw yg peluang aku untuk rapat dgn dia adalah tipis. sbb dgr2 dorang sgt setia.tapi....kenapa sejak aku kenal dia, berkwan dgn dia, dia x pernah nk sebot pasal EX dia. dia OK je x abeh2.aku taw aku x layak untuk dia. tapi yang sedihnye, kalau dia x suke or xnk berkawan dgn aku, KENAPA dia layan aku?!!benci2!! n kenapa aku MUDAH sgt TERMAKAN dgn kelakuan dan jugak ikotkan sgt HATI aku. aku jadi BODOH sbb aku dah letakkan HARAPAN yg tinggi kat DIA. itu SALAH aku.=___=''


sekarang terimalah!!! rembatan hebat buat aku. nampak x betapa LOSER nye aku. -.-'
setiap kali teringat dia,aku mesti sebak.mesti air mata nk takung2. pleaseeeelah hati. jgn kau buat hal. aku x sanggup nk tahan2 dah. cukup2 lah dgn apa yg jadi mada sekolah menengah,sekarang xkan la kau nk pisang berbuah dua kali?? aku kene sedar yg Allah tu Maha PEngasih lagi Penyayang. Dia tahu segalanya untuk aku kelak. aku redha.tapi jauh sudut hati aku, aku menangis. hanya Tuhan yg taw betapa aku syg dia. betapa aku perlukan seseorang..T__T


Allah itu Maha Adil. aku diiuji lagi dengan situasi kesihatan aku. badan aku mula buat hal. x cukup dgn tonsil yg semakin membesar...aku ditambah lagi dgn maslah Xray aku. merosakkan rancangan aku untuk bekerja pada waktu yg ditetapkan.Allah lebih mengetahui segalanya..Dia sudah pun merancang untuk aku .Aku hanya mampu berusaha,tawakal dan  menunggu. bukan sekali atau dua kali aku keluar masuk bertemu janji dgn doktor, tapi banyak kali. semalam,aku baru lepas rujuk pakar tentang xray aku, dan alhamdulillah doktor kate normal, cumaa....bila aku tnya apa puncanya, dia tak jawab. doktor tu just cakap yg aku boleh mula bekerja. yang pasti riak wajah doktor tu hanya aku dan Allah je taw mcmne. aku hanya mampu berdoa segalanya2 akan baik dan minta dijauhkan dr segala yg buruk. bulan depan doktor suruh dtg lagi untuk buat ujian darah dan xray sekali lagi. untuk kepastian katanya..aku mengiyakan saje. tonsil aku pulak, tiada perubahan mendadak. seperti mana doktor gtau, tonsil tu x boleh mengecut melainkan ianya DIKELUARKAN. bermaksud ia perlu dibuang ataupun dibedah. banyak mane ubat yg perlu aku telan, sama juga keputusannya. aku belum lagi cuba alternatif lain selain pembedahan. banyak risikonya pembedahan tonsil ni..aku pon kalau boleh mintak dijauhkan dari pembedahan. aku bukan takut, tapi aku risau akan bayaran yg mungkin aku kene bayar nanti. biarlah aku usaha sikit lagi utk cari jalan penyelesaian yg lain. usaha tangga kejayaan. :)


conclusionnya,,aku bersyukur atas nikmat kurnia dr Allah atas kehidupan aku sekarang. jika aku bermasalah, ada lagi manusia yg banyak masalahnya dr aku. jadi, aku perlu bersyukur. cuma,,aku jadi kurang bijak bila kdg2 aku melupakanNya. aku lalai dan mula alpa terhadapNya. aku sedar semua tu..bila aku susah, sakit baru aku mula mencari pencipta aku. aku berdosa.dan aku menyesalinya.....ini semua ujian dari Allah untuk hambaNya yang hina seperti aku.:'( apa yang berlaku kat aku ada hikmahnya. aku cuba untuk get along with it. selagi aku mampu.........






                               
 

AkuDanPapanKekunci Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare