Friday, October 21

Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya.

at 11:13 PM 0 comments
 Salam.
Di malam yang sejuk beriringan dengan hujan gerimis yang membasahi bumi ni aku tergerak untuk menulis. Setelah sekian lama nak mencari ilham nak tulis pasal apa. (since smlm dlm ofis). Malam ni merupakan malam yang baik untuk menceritakan apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang beberapa minggu ni. Hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan.


Aku cuba menahan perasaan aku untuk tidak menitiskan air mata kali ni. Aku perlu kuat untuk diri aku utk orang sekeliling aku. Siapa yang baca blog ni, mungkin dah masak dengan perangai aku dan mungkin tidak. Apa yang cuba aku katakan, aku seorang yang tak suka menyusahkan orang lain. Aku tak nak orang lain sedih pasal aku.
Lagi-lagi dengan perkara yang jadi kat aku semenjak dua menjak ni.


Aku redha dengan setiap apa yang berlaku atas diri aku. Aku bukan insan yang sempurna, aku bukannya baik mana, cuma aku rasa apa yang jadi atas diri aku adalah balasan terhadap apa yang aku telah lakukan pada masa yang lepas. Semenjak dua minggu yang lepas, aku mula dengan kerjaya baru aku. Alhamdulillah, rezeki aku dapat kerja tu. Tapi dalam masa yang sama aku dilanda dengan perkara yang aku sendiri tak boleh elakkan. Seperti mana yang korang tau, keadaan kesihatan aku tak begitu baik sejak 1 bln yang lalu. Aku mula kerap bertemu janji dengan doktor. Aku mula ulang-alik ke hospital. Aku hanya berharap tiada apa yang buruk terjadi kat aku. Aku tunggu tarikh keramat, 17/10/11. Pada tarikh tu aku terima berita paling mengejutkan dan juga menyedihkan. Bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut doktor tu, fikiran aku bercampur baur. Terkejut.Panik.Sedih.Kecewa.


Biarlah apa yang berlaku dalam bilik doktor tu hanya aku,doktor dan ..... yang tau. Selepas pemeriksaan, aku disuruh buat pelbagai ujian. Termasuklah ujian darah buat kali yg ke-2. Dan waktu ni aku hanya menunggu tempoh 1 bulan sebelum pemeriksaan seterusnya. Perasaan menunggu keputusan ni sanagat memeritkan. Lebih perit dari menunggu keputusan final poli.huhuhu.. aku resah. aku gelisah. otak mula fikir bukan-bukan. Masa ni lah baru aku mencari Pencipta aku. Masa susah ni lah baru aku sedar betapa hinanya diri aku. Masa ni lah baru aku sedar betapa hebatnya kuasaNya. dan baru aku sedar betapa KERDILnya aku disisiNya.
Setiap malam selepas solat isyak, aku menangis. Setiap kali aku berdoa, aku teringat dosa2 aku yang lepas. Setiap kali aku menyebut kalimahNya, aku menitiskan air mata. Betapa hebatnya kuasaMu Ya Allah...baru aku sedar yang selama ini aku telah banyak lalai terhadap suruhanMu. Terima kasih Ya Allah kerna kau dah membuka pintu hatiku ini. Aku hanya berharap iman ku kuat dan teguh sehingga aku kembali seperti sedia kala ataupun tiada lagi di muka bumi ini. Aku mahu terus dijalanMu ini Ya Allah. Selamanya.


Aku sekarang cuba untuk mengawal pemikiran aku supaya tidak berfikir yang bukan2. Bila otak dah mula bercakap, minda menguasai diri dan badan tak dapat dikawal melakukan perkara yang bukan2. Mujurlah aku masih ada iman. Alhamdulillah. Aku hanya mampu berdoa agar apa yang jadi kat aku tidak menyusahkan org lain. JIKA benar apa yang doktor aku katakan berlaku, aku BERSYUKUR kerana kau telah beri aku peluang untuk hidup selama 21 tahun atas bumiMu ini. JIKA benar ianya berkemungkinan besar terjadi, aku akan berusaha untuk melawan selagi aku mampu. Aku akan lakukannya untuk diri aku dan keluarga aku. dan JIKA ianya tidak terjadi sekalipun, aku TERSANGAT bersyukur kerana Kau telah menunjukkan kekuasaanMu dengan ujian2 yang Kau berikan pada aku. Jika aku susah, ada lagi yang lebih susah dari aku. Jika aku tiada peluang, ada lagi yang tak langsung dapat peluang itu. Jadi aku perlu berfikiran positif. 


Bagi aku...
Aku akan sentiasa senyum walaupun 'didalam' aku  menangis. Aku akan kuat untuk orang sekeliling aku. Aku hanya nak semua orang gembira dan sihat. Dan sekarang aku hanya perlukan sokongan dari semua pihak.Bukan simpati.Terima Kasih.


Salam.





Tuesday, October 4

formspring.me

at 1:06 AM 0 comments
love me for who i am. http://formspring.me/craxiemaniac

i miss you friend..:')

at 12:11 AM 0 comments



this song dedicated to all my friends out there. i miss you guys a lot.hope we can be like before. there's nothing can separate us except dies. but the fact is, friends easily comes and go. only the way we faced it makes a different. every time i heard this song makes me cry. i just miss you..:'(
 

AkuDanPapanKekunci Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare