Sunday, November 20

Psycho!!

at 1:26 AM 2 comments
alkisah bermulalah sebuah kisah....


Ada seorang makhluk ciptaan Allah yang bergelar manusia spt ak muncul didalam kamus hidup yg digelar Si B. Sayangnya perangainya tak menggambarkan seperti seorang manusia yang mempunyai akal fikiran logik sepertimana seharusnya ia.


Bermula dari panggilan telefon yang nombornya tidak diSAVEkan dalam CONTACT telefon Si A. Maka Si A pun menjalankan tugasnya sebagai seorang penyiasat menyiasat latar belakang Si B ini. Rupanya Si A kenal amat dgn Si B itu. Dilanjutkan kisah, Si A dan Si B ini mulalah berhubung antara satu sama lain siang pagi petang malam tiap tiap hari.


Pada suatu hari Si B menyatakan hasrat hatinya terhadap Si A. Si A terkejut lalu terharu dgn kenyataan Si B. Dipendekkan cerita, Si A menerimanya dgn hati yg terbuka. Tiba-tiba......satu hari yang indah, Si A sedang seronok meluangkan masanya bersama keluarga, sehingga lupa akan telefonnya yang letak dimana. Makanya, bertimbun timbunlah MISSED CALL dan juga MSG yang diterima oleh Si A esok paginya. Paginya Si A menghubungi Si B semula bagi menjelaskan perkara yg sebenar. Tetapi Si B tak mengangkat panggilan Si A. Malah pesanan ringkasnya juga pun tidak dibalas.


Dipendekkan cerita lagi, mereka bergaduh. Si A menuduh Si B, Si B menuduh Si A.  Si A menuduh Si B ada girl lain.-_________-''. Dan Si B menuduh Si A ada boy lain.-__________-''. Maka makin berpanjangan pergaduhan mereka. Masing masing dengan EGO masing2. Tetapi EGO Si A lebih tinggi lagaknya. Tidak satu pesanan dibalas malah panggilan pun tak diangkat. Bukan kerana Si B sombong, tetapi memberi tunjuk ajar kpd Si A. Si A pula mengugut jika Si B tidak menjawab panggilannya, Si B tidak akan menghubungi Si A lagi. Si B mula mengeluarkan perkataan kesat. Memarahi Si A perempuan @#$%^&*(.SI A mendiamkan diri melayan EGO nya lagi. Si B mula mempersoalkan kenapa menerimanya waktu dulu. Dan jawapan Si A mejawab "sebab awak yang mintak". ..(~.~)''


Natijahnya, Si A dan Si B masih lagi tidak berhubung. Masing2 menunggu siapa yang akan kalah dahulu. Adakah Si A?? ataupun Si B?? kisah ini masih belum tamat. Mungkin ada penyambungnya, dan mungkin juga akan ditmatkan bila-bila masa sahaja.




Semua ini berlaku kerana BARU SEHARI tidak berhubung, bagaikan bertahun-tahun menduakannya. Apakah ini semua persefahaman yang patut diutamakan ataupun ego yang didahulukan??


Renung-renungkanlah dan selamat berfikir.

Tuesday, November 1

kawan tak kenal usia.

at 1:02 AM 0 comments
assalamualaikum..


entry kali ni mengenai MUDA. apa makna disebalik ayat tu?aku bukan nak bercerita tentang takrifan MUDA. malah bukan juga nak bercerita tentang HARIMAU MUDA.-___-''. aku just nak kongsi cerita dgn korang yang aku sebenarnya masih MUDA. walaupun bukanlah dari segi fizikal aku, tapi ada sesuatu dalam diri aku yang buat aku MUDA.hehehee..jgn jeles. dibawah ni mungkin antara faktor-faktor sesorang itu adalah MUDA.


10 faktor menjadi MUDA..(fakta Goody):


1. lahir pada bulan Disember.
2. perwatakan ceria
3. sentiasa senyum. :D
4. tak ada komitmen dengan pasangan. (couple)
5. banyak bace komik.
6. main game diutamakan.
7. berkawan rapat dengan org yg lebih muda(obviously) :P
8. tak mengambil kisah tentang isu politik yang boleh    
   memudaratkan minda.
9. pengaruh media massa dan elektronik
10.menjadi diri sendiri lebih baik dari menjadi hipokrit.




conclusion:
aku ramai kawan. ramai sgt.semua yang aku kenal aku anggap adalah kawan aku. tapi antara ramai2 kawan aku, yang rapat dengan aku hanyalah beberapa kerat sahaja.dan secara jujurnya separuh dari mereka yang rapat dengan aku adalah lebih muda dari aku.


orang kata berkawan dengan 'budak2' ni buatkan diri kita x matang. itu salah. bagi aku, bila aku berkawan dengan org yg lebih muda dari aku membuatkan aku lebih selesa.buatkan diri aku semakin matang.sbbnya,aku kena bimbing,bantu diorang dalam proses menjadi dewasa ni.walaupun aku tak berapa dewasa.aku dah rasa ini tanggungjawab aku untuk bantu 'budak2' ni melalui zaman remaja diorang. 


bila aku cakap lebih selesa, bermakna aku mmg selesa dgn diorang. dari aspek bergembira,bergaduh,bersedih mahupun meluahkan rasa hati.dan ini terbukti kerana one of my bestest friend is younger than me. itu tak menjadi penghalang bagi aku untuk berkawan. yang penting diorang ikhlas berkawan dengan aku.


tak semua org yg lebih muda boleh faham kita. dan tak semua yang sebaya atau lebih tua dari kita tak faham kita.kawan tak mengenal usia.tua, muda , miskin ,kaya semuanya boleh jadi sahabat kita.yang utama ikatan ukhuwah dan silaturrahim sesama insan itu lebih mulia dari segalanya yang kita kejar dalam dunia ni.


renung-renungkanlah..selamat membaca!! :)

Friday, October 21

Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya.

at 11:13 PM 0 comments
 Salam.
Di malam yang sejuk beriringan dengan hujan gerimis yang membasahi bumi ni aku tergerak untuk menulis. Setelah sekian lama nak mencari ilham nak tulis pasal apa. (since smlm dlm ofis). Malam ni merupakan malam yang baik untuk menceritakan apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang beberapa minggu ni. Hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan.


Aku cuba menahan perasaan aku untuk tidak menitiskan air mata kali ni. Aku perlu kuat untuk diri aku utk orang sekeliling aku. Siapa yang baca blog ni, mungkin dah masak dengan perangai aku dan mungkin tidak. Apa yang cuba aku katakan, aku seorang yang tak suka menyusahkan orang lain. Aku tak nak orang lain sedih pasal aku.
Lagi-lagi dengan perkara yang jadi kat aku semenjak dua menjak ni.


Aku redha dengan setiap apa yang berlaku atas diri aku. Aku bukan insan yang sempurna, aku bukannya baik mana, cuma aku rasa apa yang jadi atas diri aku adalah balasan terhadap apa yang aku telah lakukan pada masa yang lepas. Semenjak dua minggu yang lepas, aku mula dengan kerjaya baru aku. Alhamdulillah, rezeki aku dapat kerja tu. Tapi dalam masa yang sama aku dilanda dengan perkara yang aku sendiri tak boleh elakkan. Seperti mana yang korang tau, keadaan kesihatan aku tak begitu baik sejak 1 bln yang lalu. Aku mula kerap bertemu janji dengan doktor. Aku mula ulang-alik ke hospital. Aku hanya berharap tiada apa yang buruk terjadi kat aku. Aku tunggu tarikh keramat, 17/10/11. Pada tarikh tu aku terima berita paling mengejutkan dan juga menyedihkan. Bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut doktor tu, fikiran aku bercampur baur. Terkejut.Panik.Sedih.Kecewa.


Biarlah apa yang berlaku dalam bilik doktor tu hanya aku,doktor dan ..... yang tau. Selepas pemeriksaan, aku disuruh buat pelbagai ujian. Termasuklah ujian darah buat kali yg ke-2. Dan waktu ni aku hanya menunggu tempoh 1 bulan sebelum pemeriksaan seterusnya. Perasaan menunggu keputusan ni sanagat memeritkan. Lebih perit dari menunggu keputusan final poli.huhuhu.. aku resah. aku gelisah. otak mula fikir bukan-bukan. Masa ni lah baru aku mencari Pencipta aku. Masa susah ni lah baru aku sedar betapa hinanya diri aku. Masa ni lah baru aku sedar betapa hebatnya kuasaNya. dan baru aku sedar betapa KERDILnya aku disisiNya.
Setiap malam selepas solat isyak, aku menangis. Setiap kali aku berdoa, aku teringat dosa2 aku yang lepas. Setiap kali aku menyebut kalimahNya, aku menitiskan air mata. Betapa hebatnya kuasaMu Ya Allah...baru aku sedar yang selama ini aku telah banyak lalai terhadap suruhanMu. Terima kasih Ya Allah kerna kau dah membuka pintu hatiku ini. Aku hanya berharap iman ku kuat dan teguh sehingga aku kembali seperti sedia kala ataupun tiada lagi di muka bumi ini. Aku mahu terus dijalanMu ini Ya Allah. Selamanya.


Aku sekarang cuba untuk mengawal pemikiran aku supaya tidak berfikir yang bukan2. Bila otak dah mula bercakap, minda menguasai diri dan badan tak dapat dikawal melakukan perkara yang bukan2. Mujurlah aku masih ada iman. Alhamdulillah. Aku hanya mampu berdoa agar apa yang jadi kat aku tidak menyusahkan org lain. JIKA benar apa yang doktor aku katakan berlaku, aku BERSYUKUR kerana kau telah beri aku peluang untuk hidup selama 21 tahun atas bumiMu ini. JIKA benar ianya berkemungkinan besar terjadi, aku akan berusaha untuk melawan selagi aku mampu. Aku akan lakukannya untuk diri aku dan keluarga aku. dan JIKA ianya tidak terjadi sekalipun, aku TERSANGAT bersyukur kerana Kau telah menunjukkan kekuasaanMu dengan ujian2 yang Kau berikan pada aku. Jika aku susah, ada lagi yang lebih susah dari aku. Jika aku tiada peluang, ada lagi yang tak langsung dapat peluang itu. Jadi aku perlu berfikiran positif. 


Bagi aku...
Aku akan sentiasa senyum walaupun 'didalam' aku  menangis. Aku akan kuat untuk orang sekeliling aku. Aku hanya nak semua orang gembira dan sihat. Dan sekarang aku hanya perlukan sokongan dari semua pihak.Bukan simpati.Terima Kasih.


Salam.





Tuesday, October 4

formspring.me

at 1:06 AM 0 comments
love me for who i am. http://formspring.me/craxiemaniac

i miss you friend..:')

at 12:11 AM 0 comments



this song dedicated to all my friends out there. i miss you guys a lot.hope we can be like before. there's nothing can separate us except dies. but the fact is, friends easily comes and go. only the way we faced it makes a different. every time i heard this song makes me cry. i just miss you..:'(

Friday, September 23

what's wrong with me?!

at 4:09 AM 0 comments
here i am~
living like a miserable person! how pathetic i am..duh~~
what a 'GREAT' life i have been through. but seems there someone out there has more miserable than i am..


huhhhh~
mak kate x elok mengeluh panjang2 mcm tu. mcm berputus asa dan seumpama mengeluh sesuatu ketentuanNya.
itu bukan niat aku. aku hanya menulis mengikut gerak hati aku dan mengikut irama jari jemari aku menekan PAPANKEKUNCI ni. tapi apa yang ditulis dalam blog ni kebanyakannya adalah dari kepala hotak dan jugak hati aku dan dilancarkan dengan pantas dan tangkas oleh jari jemari aku. :) ok, cukup. bukan nk cerita pasal jari. entry kali  ni ak nk cerita pasal AKU a.k.a REZWANIE yg dah mcm diri dia yg dulu. (mungkin la kowt)..


memandangkan dah lame aku x update belog ni, so ak jadik xcited utk menulis entry ni panjang2...bia penat korang nk bace..(itupun kalu bace weyhh...~) pada sesiapa yg bace belog ni dan juga status FB aku,korang mungkin akan lebih faham....cthnya:


If you love something, let it go. If it comes back to you, its yours forever. If it doesnt, then it 
was never meant to be. Whatever happens, there something for you in the future. :')


status FB diatas menunjukkan aku dah redha,aku dah letih,aku dah x nk pk panjang2 lagik...mengapa?? haa..ade la sbbnya.salah satunya aku nk buat keputusan utk mengundurkan diri dari perangkap ni. walaupun hakikatnya aku x berupaya nak tahan.aku sedih,sakit hati, dan mungkin akan melukakan segala rasa yg terpendam. tapi aku buat ni untuk kebaikan aku,dia dan ....
slpas ni takde lagi nama dia dalam belog aku. bukan tacing atau ngengada, tapi ini tekad aku. buat apa aku mengejar yg x pasti, jadi orang bodoh,sewel menunggu buah yg x jatuh2 ke riba? padahal buah tu tengah masak dgn ranumnya dgn biji benih dari orang lain. korang mungkin anggap aku ni dah gila.buat ayat2 cenggini.kesah lak aku~~ 


tapi harini aku buat perkara bangang lagi. aku pegi nengada tgk FB ... yg ada perbualan sidia. dgn perasaan CURIOUS nya, aku bace la ape yg tertulis disana..dan.....tup!!
rase mcm kene cucuk je dada aku neyh. tetibe sesak nafas. mata mula bertakung.dari mana dtg, ntah... berbalik pada komen mereka, aku tersentap bila terbace satu komen dr ... yg mengatakan cinta diorang tak pernah padam. dan aku taw, mungkin korang dah bole agak siapa.aku x kesah la korang nk anggap aku ni stalker ke ape ke. aku mcm x caye dia ckp camtu. aku rase dipermainkan,dibodoh2kan,di.....segalanya lah. 
aku cukup benci bila ada perasaan ni.kenapa air mata aku perlu menitis waktu2 mcm ni. kenapa aku bazirkan air mata aku untuk orang yg x pernah nampak aku. how stupid i am.
aku x kesah pasal percintaan dorang. dan aku pon dah dimaklumkan yg dorang bercinta sejal dr zaman sekolah,dan dorang mcm ON OFF je. padahal aku pon dah taw yg peluang aku untuk rapat dgn dia adalah tipis. sbb dgr2 dorang sgt setia.tapi....kenapa sejak aku kenal dia, berkwan dgn dia, dia x pernah nk sebot pasal EX dia. dia OK je x abeh2.aku taw aku x layak untuk dia. tapi yang sedihnye, kalau dia x suke or xnk berkawan dgn aku, KENAPA dia layan aku?!!benci2!! n kenapa aku MUDAH sgt TERMAKAN dgn kelakuan dan jugak ikotkan sgt HATI aku. aku jadi BODOH sbb aku dah letakkan HARAPAN yg tinggi kat DIA. itu SALAH aku.=___=''


sekarang terimalah!!! rembatan hebat buat aku. nampak x betapa LOSER nye aku. -.-'
setiap kali teringat dia,aku mesti sebak.mesti air mata nk takung2. pleaseeeelah hati. jgn kau buat hal. aku x sanggup nk tahan2 dah. cukup2 lah dgn apa yg jadi mada sekolah menengah,sekarang xkan la kau nk pisang berbuah dua kali?? aku kene sedar yg Allah tu Maha PEngasih lagi Penyayang. Dia tahu segalanya untuk aku kelak. aku redha.tapi jauh sudut hati aku, aku menangis. hanya Tuhan yg taw betapa aku syg dia. betapa aku perlukan seseorang..T__T


Allah itu Maha Adil. aku diiuji lagi dengan situasi kesihatan aku. badan aku mula buat hal. x cukup dgn tonsil yg semakin membesar...aku ditambah lagi dgn maslah Xray aku. merosakkan rancangan aku untuk bekerja pada waktu yg ditetapkan.Allah lebih mengetahui segalanya..Dia sudah pun merancang untuk aku .Aku hanya mampu berusaha,tawakal dan  menunggu. bukan sekali atau dua kali aku keluar masuk bertemu janji dgn doktor, tapi banyak kali. semalam,aku baru lepas rujuk pakar tentang xray aku, dan alhamdulillah doktor kate normal, cumaa....bila aku tnya apa puncanya, dia tak jawab. doktor tu just cakap yg aku boleh mula bekerja. yang pasti riak wajah doktor tu hanya aku dan Allah je taw mcmne. aku hanya mampu berdoa segalanya2 akan baik dan minta dijauhkan dr segala yg buruk. bulan depan doktor suruh dtg lagi untuk buat ujian darah dan xray sekali lagi. untuk kepastian katanya..aku mengiyakan saje. tonsil aku pulak, tiada perubahan mendadak. seperti mana doktor gtau, tonsil tu x boleh mengecut melainkan ianya DIKELUARKAN. bermaksud ia perlu dibuang ataupun dibedah. banyak mane ubat yg perlu aku telan, sama juga keputusannya. aku belum lagi cuba alternatif lain selain pembedahan. banyak risikonya pembedahan tonsil ni..aku pon kalau boleh mintak dijauhkan dari pembedahan. aku bukan takut, tapi aku risau akan bayaran yg mungkin aku kene bayar nanti. biarlah aku usaha sikit lagi utk cari jalan penyelesaian yg lain. usaha tangga kejayaan. :)


conclusionnya,,aku bersyukur atas nikmat kurnia dr Allah atas kehidupan aku sekarang. jika aku bermasalah, ada lagi manusia yg banyak masalahnya dr aku. jadi, aku perlu bersyukur. cuma,,aku jadi kurang bijak bila kdg2 aku melupakanNya. aku lalai dan mula alpa terhadapNya. aku sedar semua tu..bila aku susah, sakit baru aku mula mencari pencipta aku. aku berdosa.dan aku menyesalinya.....ini semua ujian dari Allah untuk hambaNya yang hina seperti aku.:'( apa yang berlaku kat aku ada hikmahnya. aku cuba untuk get along with it. selagi aku mampu.........






                               

Monday, August 22

there's any other way to loving?

at 10:31 PM 0 comments


i don't love you as if you were the salt-rose, topaz or arrow of carnations that propagate fire
i love you as the plant that doesn't bloom and cries hidden within itself the light of those flowers,
and  thanks to your love, darkly in my body lives the dances fragrance that rises from the earth.
i love you without knowing how, or when, or from where.
i love you simply,without problems or pride
i love you in this way because i don't know any other way of loving.
but this, in which there is no i or you, so intimate that your hand upon my chest is my hand, so intimate that when i fall asleep it is your eyes that close.
by Pablo Neruda

Tuesday, August 2

Sekali Lagi

at 1:20 AM 0 comments
Sekali lagi!
Sekali lagi penyakit neyh dtg kat aku. Amatlah tidak selesa dengan kehadirannya sejak kebelakangan ni. Yang lain dah kurang, datang pulak yang lama. Maknanya cutiku bakal dipenuhi dengan temujanji bersama doktor2 kesayanganku. Kemungkinan besar kena marah oleh mereka sbb tak dgr nasihat mereka, NO SEAFOOD ALLOWED!! yeaahhh...that's true. I can't eat any type of seafood. So damn true,,, approved by Dr.XXX.


Bersabar, bertenang dan juga redha dengan ketentuanNya adalah jalan yang paling elok buat masa ni. Dari aku merungut sana sini, lebih baik cari jalan penyelesaian. Walaupun dalam bulan2 puasa ni. Ni lah namanya ujian dari Allah untuk makhluk ciptaannya yang tak siapa pon tahu. :D


Btw, sebelum terlambat aku nk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam yang ada dimuka bumi Allah ni. Semoga Ramadhan kali ni membawa makna yang LEBIH buat kita semua. Sepertimana yang aku rasakan tahun ni. Ramadhan ku tahun ni terasa sangat seronok dan tak sabar. Selalunya aku akan berfikir tentang raya, tapi kali ni tidak. Otakku lebih berfikir bagaimana aku nak mendapat keberkatanNya dalam bulan yang mulia ni. Sambil2 aku kerja, aku mencari hidayahNya supaya bukakan pintu hatiku untuk menghadapi hari esok dengan lebih lebih kesabaran. Insyallah..


Sampai sini saja . Sehingga bertemu lagi, Assalamualaikum.. :)

Thursday, July 21

Sweet words from sweetest person..:D

at 1:57 AM 0 comments
"Tau x, persahabatan kte umpama bulan dan bintang.
walau ia diselubungi awan,tapi ianye tetp bersame..mcm kte,,walau ape pn tejadi..kte tetp bershbt til bile2..kan.."

"Walau jauh dimata tapi dekaatt dihati.."

~~INSYALLAH~~

Dengan izinNya, insyallah takkan terputus hubungan persaudaraan dan pershabtan antara kte. 
Dengan izinNya, insyallah kamu akan tetap berada dalam top5 friend list.
Dengan izinNya jugak, kte bertemu dan berpisah atas ketentuan ilahi.
Terima kasih utk semuanya. (^_^)


LUV U SYS!! NSJS...;)

Saturday, June 25

SweetMemories ;)

at 5:30 AM 0 comments
Salam.
Harini merupakan hari terakhir ak kat PizzaHut. Walopon baru sebulan lebih ak keje kat sane, tapi ak rase mcm dah lame keje sane. Terima kasih la kepada org pertama yang terima ak bekerja kat sane iaitu Miss Eton. :D then pada Manager2 dan crew2 yang lain sbb support ak utk terus bekerja dgn gembira dan senan hati. Walopon ade kalenya pahit tu datang,tapi takpe dah namanya dunia pekerjaan biasalah yang dibawah perlu mengikut arahan yang diatas. Lumrah kehidupan org kate..huhu


Papepun,lepas ni pasti kite akan berjumpa lagi an. Sbb ak sentiasa berada dekat dgn PizzaHut. HAHA..Yang penting FUNCTION malam tadi memang TERBAEEEKKKK!!!!!! walopon ak dah penah kene dulu, tapi ak rase yang mlm tadi punye paling best. Miss Ain pon sempoi,staff len pon sempoiiii...so, THANKS la sbb buat ak berbau WANGI eh..korang mmg GIILO DEHH!! hahahaha..( ayat epul). Pasni kenekan Syah plak eh,ak sanggup dtg.:P
Later ak upload pic eh,line tengah Bangang. Takleyh nak upload lak. Im Sorry~~ (gaya amir)


muka terpakasa senyum lepas kene mandi ngan air bahan buangan~~










Wednesday, June 22

Jika Aku Jatuh Cinta

at 2:51 AM 0 comments

Monday, June 20

rindu! rindu! rindu!

at 12:47 PM 0 comments
rindu...serindu rindunya..namun apa daya orang tak sudi...wohoooo~~
wahaa,,kan aku dah menyanyi. lagu ni aku bukan tujukan kat sesapa eh, jangan nak pasan sgt.! :P
aku tujukan lagu ni dekat BELOG ni ah..ye r, mane tak rindu weyh, da lame giler aku tak menjenguk die ni. rasenye ade r dalam sebulan. lame x meluahkan rasa hati kat die ni. ye r, stakat ni die ni la yg jadi pendengar setia aku.ngeheee...

Thursday, May 26

komitmen!

at 2:39 AM 0 comments
dah lame rasenya x update belog neyh..berhabuk,sunyi sepi nampaknye belog aku. al maklumlah, semenjak dah bekerja ni, jarang dapat on9 macam dulu. aku keje mane? haaa....ni nyg nk citer ni. sekarang aku keje kat Pizza Hut JJ Bukit Tinggi,Klang. sebagai service staff sahaja. kenapa Pizza Hut??macam dah takde tepat lain nk keje an..hahhaa.. :) sebenarnya, aku pon tak pasti kenapa. mungkin sbb dah biasa. aku ni jenis bila dah suka sesuatu tu, aku akan bersungguh2 membuatnya tak kira dalam jangka masa panjang atau pendek. yela, dulu kan aku keje Pizza Hut jgak. pizza taman permata,ampang. bila dh tau,kenal dan belajar cara kerja kat pizza, aku mula tertarik nk keje,walaupun penat dan meletihkan. -.-''

tapi citer ni buat sementara je. tu kerjaya sementara aku, sbb aku tengah  menunggu tawaran untuk bekerja tetap / kontrak untuk menjamin masa depan aku, keluarga dan masyarakat sekeliling. ahhaha.. belajar pulak, aku mmg nak tapi minat untuk bekerja ada 80% dalam otak aku. manakala 20% lagi nk sambung degree. bukan ape, aku kene faham situasi keluarga aku sekarang. ak tak boleh pentingkan diri sendiri. aku boleh belajar dan bekerja. insyallah dengan izinNya aku berdaya.selagi nafas aku tak terhenti, aku akan tolong keluarga aku meneruskan kehidupan yang lebih baik.insyallah..ni bukan janji ataupun sumpah setia, tapi ini tanggungjawab aku sebagai seorang anak yang sememangnya WAJIB membantu sedaya upaya. duit PTPTN aku pon masih tertunggak untuk dibayar, aku harus berusaha lebih!! gambate!! :D

skang ni takyah citer banyak, aku pon penat sbb baru balek keje. ni je masa yang aku ade untuk diluangkan ngan papan kekunci aku ni. oh,sebelum ak terlupa, esok aku OFF!! hahahahahha..*suka
okelah, sampai sini saje...salam.

Saturday, May 14

KERJA

at 8:28 PM 0 comments
kerja.kerja.kerja.
mane nak cari kerja ni? Kerajaan sudah,swasta sudah,fast food restaurant sudah,book store sudah,macam2 tempat sudah aku carik tapi satu pon takde respon lagi. Mungkin aku kene banyak bersabar neyh. Boleh x kalo keje yang carik aku?? :P
Cepat aku keje cepat ak bleyh sambung blaja. Tetibe teringin nk sambung blaja semula. Takot lame2 nanti otak dah lemau. huhuhuhu..


Pada kawan2 sekalian, sesapa yang ada lubang2 kerja boleh roger2 aku eh. Tolongmenolong amalan mulia. :)

Tuesday, May 3

tuppp!!

at 2:28 AM 0 comments
just scrolling my blog and look out my chatbox, and guest what i saw name dia muncul kat chat. dan tak semena-mena semua cerita lama,kenangan lama bermain2 di otak aku. dan masa yang sama jugak tak tau kenapa air mata aku mula bergenang pada anak mataku. what was happened just now? aku pon tak tau. but jauh sudut hati aku ni, aku gembira sbb dah lame aku tak berhubung@contact ngan dia ni. dan aku tau jugak mungkin air mata tu air mata seorang kawan yg merindui diri dia yang dah lame tak bersua ataupun bergurau senda. I just miss my old time. I just miss my old friend. I just miss dia yg dulu. mungkin aku emo sangat. tapi jadi lumrah manusia bila mudah terlupa,dilupakan ataupun tak sengaja lupa. aku tak salahkan sesiapa,cuma aku gembira + sedih bila setiap kali aku teringat kat dia. kalaulah masa boleh diundur.....:'(

btw, terima kasih kepada dia sbb sudi menjadi kawan aku.terima kasih sbb sudi lalu kat blog aku. kau kawan aku sampai mati dan takkan aku lupakan kau walaupun sejauh mana aku berada. sebab kerana kaulah aku kenal erti sebuah persahabatan dan kehidupan..this is a life. x mudah untuk menerima dan diterima oleh semua. thanks again bbe..happy sgt bila tau kau happy skang bersama orang yg tersayang. :)

'Pulanglah' by Awi Rafael

at 2:15 AM 0 comments

the lyrics are meant a lot to me. 'pulanglah' is not just a song. it is so beautiful to me. to mr.F, please listen to this song. and you will know the truth. hopefully you'll enjoy it. :')



p/s: keep telling myself not to put a high expectation on you. but my heart deny it and frankly speaking, I need u more than u ever thought. <3

Friday, April 29

FREEDOM IS MINE!

at 9:59 AM 0 comments
hye guys!semekom..:)
looks very happy kan?.haa,ade makne disebalik keHappyan ak tu.. title entry macam cannot go je kan.. FREEDOM!!!ataupun dalam bahasa kachaknye MERDEKA!!@BEBAS!!
tak faham lagi ke kenapa aku keep yelling kat korang "FREEDOM!!MERDEKA!!" sume tu?haish..lambat r korang ni. of course la sbb aku da BEBAS. BEBAS dari ape??haaa...tu yang kite tak taw tu..:P


actually,ak baru je menamatkan FINAL EXAM ak 2 hari yang lepas. dan juga semalam merupakan hari terakhir aku kat PSIS tu.then,itu bermakna aku n kengkawan aku telah menamatkan @ mengakhirkan pengajian aku kat sane. secara tak langsung la,eventhough belom grad lagi.tapi, Ade Aku Kesah? asal aku dah terlepas sudah. janji result baik,insyallah lepas.:)


and secara tak langsung gak, aku HARUS mencari kerja sementara tu. HARUS x beerti WAJIB.and for that, x semestinya aku kene kerja buat masa terdekat ni.but memandangkan kau semakin sengkek tahap cipan tepi jalan..HARUS tu dah bertukar jadi WAJIB mencari kerja.haa...nampak cara permainannya??heee..so, aku nak g carik kerja jap.nanti2 aku update lagi.:DD

Sunday, April 24

One more paper left!

at 1:15 AM 0 comments
so relieve to know the exams will be end soon.huh~ after this,i am not a Psis's student anymore.hahaha..currently tak la..but hakikatnya dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung.(very takde kene mengena) :D
my last paper is Communication Data.hopefully i can do well better than others.aja2 fighting!! :D

Wednesday, April 20

Good Luck All Exam Takers!

at 2:00 AM 0 comments
HAPPY EXAMINATIONS DAY! 
wish all of you good luck for examinations today.yup, i said today. my first paper is TODAY! which means i have to concentrate on ENGINEERING MATHEMATICS 5 just for TODAY.am i ready?urghhh..frankly,not yet.but by hook or by crook i have to do it. 
and though for my future exams will be on Thursday. on that day i have two papers are waiting for me,which are INTEGRATED CIRCUIT DESIGN n COMPUTER SYSTEM DIAGNOSIS.in a day with two heavy subjects!! nice bukan?? T_T....
pape pon, i would like to wish GOOD LUCK again to exams takers esp,PSIS's final year students. get it done till the end aite!! AJA2 FIGHTING!! (berusaha!) :D

bye then..
Assalamualaikum..

manusia tidak merancang untuk gagal tetapi manusia gagal untuk merancang.

Saturday, April 16

Tujuh Golongan Dilindungi Allah

at 2:54 AM 0 comments
Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, baginda bersabda; Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya:


1.Imam(Pemimpin) yang adil
2.Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.
3.Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitiskan air matanya.
4.Orang yang hatinya tergantung pada masjid.
5.Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.
6.Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan   Allah".
7.Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.




(Shahih Bukhari (Terj),1997,Klang Book Centre, Klang, hadis no.1815,ms 98(iv))

Friday, April 15

Hantu Baju Bengkel di PSIS??

at 11:06 AM 0 comments
jeng..jeng..jeng..~~(muzik saspen)
title entry mcm title filem kan?wat saspen je.ni bukan rekaan mahupun ciptaan.(kalau aku tipu,maknenya org yg citer kt aku pon tipu gak).cerita ni terjadi baru baru ni jugaklah.aku pun baru dengar malam semalam.diorang kate cerita ni dah kuar kat facebook dah(bukan di pawagam).


begini kisahnya......
kisah ni terjadi pada satu pagi yg hening iaitu dalam lingkungan jam 4-5 pagi.ada la 3 org makhluk Allah ni berjalan kaki melalui susur gajah menghala ke Pusat Islam.mungkin nak Qiamullail kowt. dipendekkan cerita, diorang bertiga ni lalu lah susur gajah diHADAPAN P.I....dan disitulah tempat kejadiannya.dari jauh ditenggelami malam,diorang ternampak satu susuk tubuh manusia yang berbaju bengkel Kejuruteraan Awam(kaler hijau tua) berjalan ke arah diorang.(selisih) tak sempat nak tgk muka manusia tersebut, tiba-tiba.................
makhluk yang berbaju bengkel tadi tu TERBANG dengan sepantas kilat sambil MENGILAI.apa lagi, budak tiga orang tadi yg mcam nak terkencing dalam seluar uh lari lintang pukang meninggalkan tempat kejadian tanpa melihat mane perginya makhluk BAJU BENGKEL td .
sampai sekarang kitorang masih tak tahu siapa budak tiga orang yg menjadi saksi kejadian tuh.cerita ni pon atas cerita orang lain.dengar khabarnye budak bertiga tu tak balik ke Poli lagi.masih dirumah,takut nak balik kot.mungkin mereka cerita dalam facebook je kot.


itulah kisahnya...
benda ni aku tak pasti kesahihannya.tapi apa2 pun bole jadi if iman kita tak kuat.tpi satu je aku pelik,kenapa hantu tu nak pakai baju bengkel?motif sgt...baju bengkel awam pulak tu.tak cantek oke..:p 


anda ada pilihan utk percaya atau tak cerita ni.tapi pd sesapa yg ade penah nampak Hantu Baju Bengkel ni,sila silalah ringankan tangan tinggalkan komen kat entry ni.bersama kita mencari kebenaran. tapi apa-apa pun semuanya datang dari Allah S.W.T untuk menguji kita manusia ni.Syaitan,jin,hantu,makhluk halus dan seangkatan dgnnya semuanya diciptakan oleh   pencipta yang satu,ALLAH S.W.T..takut mana pun kita,seram mane pun hantunya,kita ada Allah disisi kita.Insyallah Dia akan bantu kita.bak kata MAKBIB,kalau kita tak tinggal solat,doa,tawakal,dan amalkan perkara sunnat nescaya susah benda tu nak dekat dgn kita.Minta dijauhkan semua tu.Amin..


p/s:study weeks,final exam di PSIS dah biasa dgr cerita hantu yg suka kacau kitorang time nak dekat final exam ni..minta aku dan kawan2 dijauhkan..amin..:)

Tuesday, April 12

Yongseo in WGM.(goguma couple)

at 4:13 PM 0 comments
rindu nak tgk WeGotMarried.. lagi2 'yongseo' episodes. diorang ni sgt cute oke. celebrity couple yg paling cute and innocent. their stories made me wanna fall in love straight away. hahha. just miss watching them sweet together. :D wish may get someone like Yonghwa.romantic and slumber. 

Yong Hwa (CN Blue) and Seohyun (SNSD)

                          

Monday, April 11

who is NajwaLatif?

at 11:10 PM 0 comments
NajwaLatif? who is she? first thought of mine she is youtube girl. first time i heard her name when one of my friends talk about her talents on playing guitars. (yuna's wannabee) so, i google her and found one of her video's. here she is! sing a song by BrunoMars-Grenade. now i know why is she so famous. she have voice,style,and talents. i'd like to play guitar as her. and she just make me jealous cause she can play guitars while i am not.! -_-''

and now, i just found her own song,titled CartaHati.thats was a beautiful song.nice and sweet!! ;)



                          

Sunday, April 10

jom STUDY.

at 2:23 AM 0 comments
at last! mood study aku kembali setelah lame mencari mood tu. hahaha. cuma mood study aku suka datang malam2. siang? harappaann..mmg menonton je r. but now, memandangkan masa makin suntuk, so aku kene PAKSA diri aku untuk consistent kan mood tu supaya dtg setiap masa aku nak. im just worried if i cant do well for my exam.(hope not) ape yg penting skarang, aku kene study betol2 n pastikan aku boleh buat final exam untuk final year ni.INSYALLAH. usaha usah usaha usaha tanpa henti n diteruskan dengan doa dan tawakal kpd Allah itulah rahsia kejayaan seseorang tak kira apa pun yang dia buat.betul x? :D


act, tu je nk tulis. papankekunci cakap x ley lame2, nanti pen marah.sbb pen soh g sambung study. (^_^)

Friday, April 8

Belajar?Gitar?

at 3:43 AM 0 comments
tekan papankekunci saket saket sebab jari tengah kesaketan. punca: main gitar.budak comot baru belajar main gitar.hahaha.. sebenarnya, dah lame teringin nk main gitar. dulu ade Haikal ajar basic chord. tp dia ajar major chords je. tadi dengan membuang masanya,aku belajar main gitar dengan sendiri. apalagi,YouTube macam2 ada.(macam dah takde keje kan?) walaupun lambat dan sumbang, ak berjaya petik basic chord hari ni. 

hakikat dan sebenarnya aku sedang diburu masa. masa untuk STUDY. tapi aku macam sia-siakan masa tu. hurmm.. bukannya aku tak belajar,AKU STUDY ok!cumanya masa untuk study sikit berbanding aku membuang masa.-__-''. bilalah aku nak sedar yang FINAL cuma tggl seminggu lebih je lagi.?!bila aku nak serius dalam pelajaran? dah la ni smester terakhir aku, tapi aku macam buat2 xde pape lak kan. tak takot ke ha REZWANIE....esh2..bawak2 g blaja la.

ni la azab yang menunggu aku masa final2..

Engineering Mathematics 5 
IC Design 
System Computer Diagnosis 
Data Communication

tgk macam sikit kan? tapi masing2 subjek uh heavy. bukan heavy biasa. ni heavy metal. @.@ n FYI, soalan2 adalah SEKATA @ Centralized seluruh Politeknik Malaysia. dam macam SPM dah ak nengok. so, kemungkinan KESUKARANnya adalah tinggi peratusannya. (mcm nk nangis dengar)..T.T 
dah la,kang tulis banyak2 kang lagi banyak masa aku terbuang.heeee...nanti2 ak update lagi.








entry macam poyo kan? Belajar?Gitar? ataupun Belajar Gitar? mane satu aku pon dah pening. maybe BOTH. :D

Thursday, April 7

Aku Marah.

at 2:58 AM 0 comments
bongkaknye diri kau dengan pinjaman Tuhan. kau dah letakkan diri kau setaraf dengan orang yang tak berilmu,x berakal.

ego kau tinggi melangit sampai tak dapat beza dosa pahala. sebok mencarut mengata orang begitu begini sedangkan kau tak fikir ape punca semua tu berlaku.itu semua sebab ego kau. selagi boleh bersabar,kami bersabar.hanya Allah berhak menghukum makhluknya.




p/s: tak berniat nak memburukkan seseorang. cuma nak sedarkan orang yang tak sedar diri. juga peringatan pada diriku supaya dijauhkan sifat ini. DENGKI .


This post created by Rezwanie Redzuan in her own Facebook wall post.

Monday, April 4

Welldone ABPBH 2010!

at 2:20 AM 0 comments
FOF congrats SHAHEIZY SAM!!! *wink*wink
he deserved sesangat oke for the winnings.
and not to forget others who just won the awards.
ABP this time have a lots of LAUGH's.thanks to KAK ENGKU,SHIRA,n ZIZAN for their humors. :D
i would never forget the actors from HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH, abi huraira n usop for their 'crazieness' on the stage.
can't believe they just conquered the stage larh.(sape stuju angkat tangan macam saya....~) n majorities do the same.sampai zizan,kak engku n shira terdiam.hahaha.
ABPBH 2010 was awesome with their humors plus the singers espc,CT yang teramat somel nyanyi korean n menari ala2 korean.hikhik..:p
(better she appears like this often for next year,as a opener or closer)


n CONGRATS my fav's!!!
.
.
.
.
.
.
Lisa Surihani
Fara Fauzana
Zizan Razak
Yuna
Aznil Hj Nawawi
Shahir
Faizal Tahir
Norkhiriah
n
CT NURHALIZA!!!(walopon x tercalon)

and..
my favourite pic's dresses goes to.........















most Beautiful Girls of the Night is..
.......
....
..
.
'Darlin Media' a.k.a Lisa Surihani. (weweeeet!~)

*wink*wink excited!

***********













*********




SHAHEIZY SAM THE BEST!!!mmuaaahhhxxx 
lots of love!
i love iiiiyyouuuuu.(dalam slang SAM)



O em Jieee~~ he's soooo HOWT kan.? 
grrr...geram mak. ;p

Sunday, April 3

MENYIRAP tahap SIRAP

at 12:37 AM 0 comments
menyirap! menyirap! menyirap!
haa..kan aku da ngamuk. ni nk citer pasal menyirap.
aku menyirap tol malam ni tgk AF9.
bukan menyirap ngan AF, tapi ngan student2 mereka.
x banyak yg best.
aku tgk AF sebab PAKNIL ngan AMY je pon.huhu..

yang menyirapkan aku tersangat2 ni sebab ade sorang student AF yang TERSANGAT POYO tahap cipan..
perghh..'hannyasayo'~~ konon.
minat korea konon.
nyanyi lagu 2PM lak uh.
padahal dye bukan minat korea sgt pon.ntah dye kenal x kenal KOREAN figure ke x.stakat cakap 'hannyasayo', 'kamsahamida'..ak pon bole.
nyanyi lagu korea men tibai,sebot salah,ntah tau meaning ke x.haish!
mmg aku ngamuk sbb ak ni salah seorang peminat korea OK!

lagi satu aku ngamuk kat dye sbb aku kenal dye ni.
dulu masok MENTOR punye burok prangai dye.
esh2...ngan Jac pon x respect, ni macamne dye nk survive hidop ngan student2 tenaga pengajar yg lain.(-__-)''
pastu pk dye sorang je bagos.get a life larh weyh.
kalau betul dye minat korea,kenapa dari MENTOR dulu dye x mention pon??haa..nmpk sgt..

x salah dye minat korea,japan.nyanyi kpop.style korea la ape la.
tapi kalau stakat nk gunakan KPOP untuk raih undi bek TAKYAH la weyh.
sore pon bese2 je.da bese dgr.tp guna KPOP nk naek.nak kumpul fans.hish,menyirap tol ak.

"NAN NI GA SILL EU!!!" 

(means;i hate u!) :P


cukup pantang kalau orang len mempermain2kan KPOP n JPOP ni.
hope ko tak dudok lame dlam AF.hahaha..(gelak jahat)

for sure my top 3 stdnts;
1.azri
2.afif
3.miza

n there we goes,my great2 idols.
:
:
:
:
amy search_pengetuaAF9

paknil_pengacaraAF9



Monday, March 28

coratcoret PestaD'Konvo

at 1:13 PM 0 comments

~Gerai Kerepek JPP~


~HandMade~


~Handbags,Bola, Perfume~


~Shawls,Keychain,Handbags,Purse,Clothes etc~


~Clothes,Handbags,Accessories~




~Foods n Drinks~


~shopping time!~


~rambang mata nak pilih~


~kelaparan mencari benda nk kunyah~


~sambung shopping balek :) ~



~carik Bear utk org n terjumpa 'Bby' (bee)~


~ pilih2...cincin tunang ade,cincin olok2 ade,cincin kawen je takde~


~setelah penat berjalan,singgah makan SUP MELETUP..mmg masyuk lagi2 makan time hujan~


~almost 12 baru balek bilik..duet da abes baru igt nk balek.kehkehkeh..~


~vana mengSKODENG matahari~
~nk tgk matahari,bulan,bintang,planet lain??pegi BALAI CERAP,sg Lang..macam2 bole tgk ktsane.~

 

AkuDanPapanKekunci Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare