Sunday, November 20

Psycho!!

at 1:26 AM
alkisah bermulalah sebuah kisah....


Ada seorang makhluk ciptaan Allah yang bergelar manusia spt ak muncul didalam kamus hidup yg digelar Si B. Sayangnya perangainya tak menggambarkan seperti seorang manusia yang mempunyai akal fikiran logik sepertimana seharusnya ia.


Bermula dari panggilan telefon yang nombornya tidak diSAVEkan dalam CONTACT telefon Si A. Maka Si A pun menjalankan tugasnya sebagai seorang penyiasat menyiasat latar belakang Si B ini. Rupanya Si A kenal amat dgn Si B itu. Dilanjutkan kisah, Si A dan Si B ini mulalah berhubung antara satu sama lain siang pagi petang malam tiap tiap hari.


Pada suatu hari Si B menyatakan hasrat hatinya terhadap Si A. Si A terkejut lalu terharu dgn kenyataan Si B. Dipendekkan cerita, Si A menerimanya dgn hati yg terbuka. Tiba-tiba......satu hari yang indah, Si A sedang seronok meluangkan masanya bersama keluarga, sehingga lupa akan telefonnya yang letak dimana. Makanya, bertimbun timbunlah MISSED CALL dan juga MSG yang diterima oleh Si A esok paginya. Paginya Si A menghubungi Si B semula bagi menjelaskan perkara yg sebenar. Tetapi Si B tak mengangkat panggilan Si A. Malah pesanan ringkasnya juga pun tidak dibalas.


Dipendekkan cerita lagi, mereka bergaduh. Si A menuduh Si B, Si B menuduh Si A.  Si A menuduh Si B ada girl lain.-_________-''. Dan Si B menuduh Si A ada boy lain.-__________-''. Maka makin berpanjangan pergaduhan mereka. Masing masing dengan EGO masing2. Tetapi EGO Si A lebih tinggi lagaknya. Tidak satu pesanan dibalas malah panggilan pun tak diangkat. Bukan kerana Si B sombong, tetapi memberi tunjuk ajar kpd Si A. Si A pula mengugut jika Si B tidak menjawab panggilannya, Si B tidak akan menghubungi Si A lagi. Si B mula mengeluarkan perkataan kesat. Memarahi Si A perempuan @#$%^&*(.SI A mendiamkan diri melayan EGO nya lagi. Si B mula mempersoalkan kenapa menerimanya waktu dulu. Dan jawapan Si A mejawab "sebab awak yang mintak". ..(~.~)''


Natijahnya, Si A dan Si B masih lagi tidak berhubung. Masing2 menunggu siapa yang akan kalah dahulu. Adakah Si A?? ataupun Si B?? kisah ini masih belum tamat. Mungkin ada penyambungnya, dan mungkin juga akan ditmatkan bila-bila masa sahaja.




Semua ini berlaku kerana BARU SEHARI tidak berhubung, bagaikan bertahun-tahun menduakannya. Apakah ini semua persefahaman yang patut diutamakan ataupun ego yang didahulukan??


Renung-renungkanlah dan selamat berfikir.

2 comments:

hellena helen on December 10, 2011 at 12:57 AM said...

Pe benda tu

rEzIsCraZyMaNiaC on July 9, 2012 at 9:34 PM said...

ntah..benda lepas..ahahah

Post a Comment

 

AkuDanPapanKekunci Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare