Tuesday, November 1

kawan tak kenal usia.

at 1:02 AM
assalamualaikum..


entry kali ni mengenai MUDA. apa makna disebalik ayat tu?aku bukan nak bercerita tentang takrifan MUDA. malah bukan juga nak bercerita tentang HARIMAU MUDA.-___-''. aku just nak kongsi cerita dgn korang yang aku sebenarnya masih MUDA. walaupun bukanlah dari segi fizikal aku, tapi ada sesuatu dalam diri aku yang buat aku MUDA.hehehee..jgn jeles. dibawah ni mungkin antara faktor-faktor sesorang itu adalah MUDA.


10 faktor menjadi MUDA..(fakta Goody):


1. lahir pada bulan Disember.
2. perwatakan ceria
3. sentiasa senyum. :D
4. tak ada komitmen dengan pasangan. (couple)
5. banyak bace komik.
6. main game diutamakan.
7. berkawan rapat dengan org yg lebih muda(obviously) :P
8. tak mengambil kisah tentang isu politik yang boleh    
   memudaratkan minda.
9. pengaruh media massa dan elektronik
10.menjadi diri sendiri lebih baik dari menjadi hipokrit.




conclusion:
aku ramai kawan. ramai sgt.semua yang aku kenal aku anggap adalah kawan aku. tapi antara ramai2 kawan aku, yang rapat dengan aku hanyalah beberapa kerat sahaja.dan secara jujurnya separuh dari mereka yang rapat dengan aku adalah lebih muda dari aku.


orang kata berkawan dengan 'budak2' ni buatkan diri kita x matang. itu salah. bagi aku, bila aku berkawan dengan org yg lebih muda dari aku membuatkan aku lebih selesa.buatkan diri aku semakin matang.sbbnya,aku kena bimbing,bantu diorang dalam proses menjadi dewasa ni.walaupun aku tak berapa dewasa.aku dah rasa ini tanggungjawab aku untuk bantu 'budak2' ni melalui zaman remaja diorang. 


bila aku cakap lebih selesa, bermakna aku mmg selesa dgn diorang. dari aspek bergembira,bergaduh,bersedih mahupun meluahkan rasa hati.dan ini terbukti kerana one of my bestest friend is younger than me. itu tak menjadi penghalang bagi aku untuk berkawan. yang penting diorang ikhlas berkawan dengan aku.


tak semua org yg lebih muda boleh faham kita. dan tak semua yang sebaya atau lebih tua dari kita tak faham kita.kawan tak mengenal usia.tua, muda , miskin ,kaya semuanya boleh jadi sahabat kita.yang utama ikatan ukhuwah dan silaturrahim sesama insan itu lebih mulia dari segalanya yang kita kejar dalam dunia ni.


renung-renungkanlah..selamat membaca!! :)

0 comments:

Post a Comment

 

AkuDanPapanKekunci Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare