Friday, April 15

Hantu Baju Bengkel di PSIS??

at 11:06 AM
jeng..jeng..jeng..~~(muzik saspen)
title entry mcm title filem kan?wat saspen je.ni bukan rekaan mahupun ciptaan.(kalau aku tipu,maknenya org yg citer kt aku pon tipu gak).cerita ni terjadi baru baru ni jugaklah.aku pun baru dengar malam semalam.diorang kate cerita ni dah kuar kat facebook dah(bukan di pawagam).


begini kisahnya......
kisah ni terjadi pada satu pagi yg hening iaitu dalam lingkungan jam 4-5 pagi.ada la 3 org makhluk Allah ni berjalan kaki melalui susur gajah menghala ke Pusat Islam.mungkin nak Qiamullail kowt. dipendekkan cerita, diorang bertiga ni lalu lah susur gajah diHADAPAN P.I....dan disitulah tempat kejadiannya.dari jauh ditenggelami malam,diorang ternampak satu susuk tubuh manusia yang berbaju bengkel Kejuruteraan Awam(kaler hijau tua) berjalan ke arah diorang.(selisih) tak sempat nak tgk muka manusia tersebut, tiba-tiba.................
makhluk yang berbaju bengkel tadi tu TERBANG dengan sepantas kilat sambil MENGILAI.apa lagi, budak tiga orang tadi yg mcam nak terkencing dalam seluar uh lari lintang pukang meninggalkan tempat kejadian tanpa melihat mane perginya makhluk BAJU BENGKEL td .
sampai sekarang kitorang masih tak tahu siapa budak tiga orang yg menjadi saksi kejadian tuh.cerita ni pon atas cerita orang lain.dengar khabarnye budak bertiga tu tak balik ke Poli lagi.masih dirumah,takut nak balik kot.mungkin mereka cerita dalam facebook je kot.


itulah kisahnya...
benda ni aku tak pasti kesahihannya.tapi apa2 pun bole jadi if iman kita tak kuat.tpi satu je aku pelik,kenapa hantu tu nak pakai baju bengkel?motif sgt...baju bengkel awam pulak tu.tak cantek oke..:p 


anda ada pilihan utk percaya atau tak cerita ni.tapi pd sesapa yg ade penah nampak Hantu Baju Bengkel ni,sila silalah ringankan tangan tinggalkan komen kat entry ni.bersama kita mencari kebenaran. tapi apa-apa pun semuanya datang dari Allah S.W.T untuk menguji kita manusia ni.Syaitan,jin,hantu,makhluk halus dan seangkatan dgnnya semuanya diciptakan oleh   pencipta yang satu,ALLAH S.W.T..takut mana pun kita,seram mane pun hantunya,kita ada Allah disisi kita.Insyallah Dia akan bantu kita.bak kata MAKBIB,kalau kita tak tinggal solat,doa,tawakal,dan amalkan perkara sunnat nescaya susah benda tu nak dekat dgn kita.Minta dijauhkan semua tu.Amin..


p/s:study weeks,final exam di PSIS dah biasa dgr cerita hantu yg suka kacau kitorang time nak dekat final exam ni..minta aku dan kawan2 dijauhkan..amin..:)

0 comments:

Post a Comment

 

AkuDanPapanKekunci Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare