Terdetik hati saya ingin menulis tentang salah sebuah buku yang telah saya baca semalam. Bukunya bertajuk "A New Malaysian Essay 1" diterbitkan oleh Terbitan 'MATA HARI'. Di dalamnya terdapat pelbagai cerita tentang Malaysia ataupun dahulu dikenali Malaya. Tertarik dengan salah satu daripadanya ialah "TERORIS BAHASA"oleh Saharil Hasrin Sanin. Beliau lebih menekankan kisah bagaimana masyarakat Melayu itu sendiri menggunakan Bahasa Ibunda ini.
Ya, tidak dinafikan terdapat sesetengah masyarakat tidak boleh menerima bahasa luar di dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya penggunaan bahasa Global, BAHASA INGGERIS itu sendiri. Saya sendiri pernah bertukar pendapat, bertegang urat dengan salah seorang sahabat saya mengenai perkara ini. Tentang bagaimana kita di zaman Era-Globalisasi ini memerlukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan kita supaya kita lebih memajukan diri dan bersedia demi masa hadapan yang lebih cerah. Tetapi sahabat saya itu amat sayangkan bahasa Ibundanya ini sehinggakan beliau membenci bahasa global ini. Terima kasih kepada sahabat tersebut, saya lebih bersungguh-sungguh mahu belajar tentang dua bahasa ini.
Beratus tahun dahulu, leluhur kita suka mencedok kosa kata
daripada Sanskrit, daripada Jawa, daripada Bahasa Arab. Pada kurun ke-14,
bahasa kita semacam span yang menyerap perbendaharaan kata orang lain. Bahasa
Melayu adalah bahasa rojak sedunia. Jadi, tidak perlu bertegang urat konon nak
menegakkan Bahasa Ibunda walhal kita sendiri masih mencedok, tidak malu
menggunakan bahasa rojak. Contohnya ‘kopi’, bukan istilah kita. Kita cedok dari
English ke bahasa lain.Lagi, buah pic. Pelik sungguh dari mana ejaan dan
sebutan itu datang?
*Saya sayangkan bahasa saya*
0 comments:
Post a Comment