Saturday, July 14

Dilema~~

at 1:09 AM
Assalamualaikum..

13 July 2012...tarikh keramat. Keputusan UPU keluar harini. Maka dengan rasa keterujaannya saya pun 'check it out' la. Dan dengan jangkaan yang tepat, saya dimumkan tidak berjaya. :')

Walaupun saya tidak berjaya kali ni, saya takkan berputus asa. Saya akan buat rayuan. Demi minat saya, demi masa depan saya. Tapi....ada satu peristiwa malam tadi yang membuatkan saya rasa sebak..saya rasa DOWN sikit..

Dipendekkan cerita,,saya tengah makan malam ditemani MAK yang tengah buat karipap untuk esok. Saya pun dengan rasa nebesnye bagitau la MAK yang saya tak dapat sambung belajar. MAK pun cakap 'hurmm,,cane leyh tak dapat?? keputusan ko teruk ke?" Saya pun jawab la dah takde rezeki..nak wat cane. Pastu saya cerita la yang ANI dapat UKM..MAK seronok dengar ANI dpt UKM.. UKM satu nama besar. Kemudian dengan nasi penuh dalam mulut, saya cakap dekat MAK, "wanie ingat nak buat rayuan,, mungkin boleh dapat n mgkin masuk taon depan...sementara tu ingat nak keje". MAK cakap "lame tu..ko nak keje ape?..hurm....tak payah la sambung belajar, keje je la.". Saya terdiam..nasi dalam mulut rasa berat nak kunyah. Mungkin mak ada maksud disebalik kata-katanya tu. 

Saya pun dah habis makan, masuk bilik saya fikir balik apa maksud mak. Mungkin mak tak nak saya pergi jauh, atau mungkin mak nak saya tolong dia dulu? Saya tau, keadaan kami sekarang tak berapa baik. Abah pun dah makin berumur, kurang buat kerja luar. Mak pulak penat mejaga dua buah rumah sehari. Anak mana yang sanggup tengok mak die keje guna tulang empat kerat, manakala anaknya duduk rumah saja2.. Jujur saya cakap, setiap malam saya berdoa. Tapi doa tanpa usaha takde gunanya jugak. Bukan saya tak berusaha, cuma saya kurang  bernasib baik tak seperti teman-teman yang lain. Bila difikirkan kakak-kakak ku sudah berkahwin, banyak tanggungjawab mereka. Abang-abang pulak banyak komitmen mereka. Sedangkan saya yang bujang, tiada tanggungan hanya duduk mendiamkan diri. Saya sedar apa salah saya..cuma tak mampu nak luahkan dengan kata-kata. 

Masalah utama sekarang saya masih dalam dilema mahu memilih. Sejak dari dulu lagi sebenarnya soalan ini sering timbul dalam kepala ni. Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk mendapatkan jawapannya. Nantikan la jawapan dari saya...mungkin dengan izin Allah saya dapat membuat keputusan yang betul. Amin~~ T__T

0 comments:

Post a Comment

 

AkuDanPapanKekunci Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare